Seminar Wanita & Kerjaya Dari Perspektif Islam
INSPIN telah menganjurkan Kursus Seminar Wanita Dan Kerjaya Dari Perspektif Islam pada 22 Februari 2012, bertempat di Dewan Sultanah Bahiyah. Penceramah kursus ini merupakan penceramah yang terkenal di tanah air Malaysia iaitu Ustaz Mohd Kaziam Elias Al-Hafiz. Seramai 176 telah menghadiri Seminar Wanita Dan Kerjaya ini.

Persidangan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman
Pada 20 Februari 2012, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama INSPIN telah mengadakan Persidangan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman. Persidangan selama 2 hari ini telah diadakan di Hotel Bayview, Kuah, Langkawi. Seramai 148 orang peserta dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Kedah Darul Aman telah hadir pada persidangan ini. 5 kertas persidangan telah dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan dan undang-undang.
Majlis Perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi bin Haji Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar Dan Membasmi Kemiskinan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Kursus Pembangunan Pengkeranian
Pada 14 Februari 2012, INSPIN telah mengadakan Kursus Pembangunan Pengkeranian di Dewan KCS, INSPIN. Seramai 45 orang daripada pelbagai jabatan kerajaan telah hadir ke kursus yang dijalankan selama 2 hari ini. Menerusi kursus ini, para peserta dapat memahami dan menghargai peranan individu dalam menjayakan matlamat organisasi, meningkatkan kemahiran pengkeranian profesional dalam tugasan harian yang cemerlang, membina karektor diri yang cemerlang dalam kerjaya dan meningkatkan produktivi serta kualiti kerja.





